Hari Raya Hari Yang Mulia

Posted: August 20, 2013 in Lain - Lain

Image

Hari raya , seperti semua maklum Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa dan agama.Setiap agama di Malaysia ada perayaan masing-masing.Hari ini aku nak cerita tentang perayaan yang rasanya belum habis lagi kemeriahannya iaitu Hari Raya Aidilfitri.Majoriti yang menyambutnya adalah semua yang beragama Islam.

Aku nak kongsikan tentang kemeriahan berhari raya di kampung kelahiran aku iaitu kampung Sungai Nipah, Sungai Besar Selangor.Yang mana memang telah menjadi rutin setiap tahun apabila tiba Hari Raya Aidilfitri kampung aku akan adakan BARAAN.Boleh dikatakan setiap kampung yang majoritinya berbangsa jawa wajib ada Baraan ni..

IMG-20130810-WA0062

Seperti kebiasaan pada malam hari raya pertama akan diadakan mesyuarat untuk melantik ketua, timbalan ketua dan ajk-ajk baraan.Macam kampung aku lebih 100 buah rumah yang wajib kami kunjung..Jadi perancangan perjalan baraan dan apa-apa cadangan penambahbaikan akan dia bincang dalam mesyuarat malam itu.Baraan biasanya bermula pada hari raya pertama dan kedua untuk lelaki dan hari raya ketiga dan keempat bagi wanita.Tujuan baraan ini dibuat dan dikekalkan tradisi ini sehingga ke hari ini adalah untuk kami ahli kariah kampung dapat berkunjung dan bermaafan sesama ahli kariah dengan lebih kemesraan.

13770070305651377007152304

Memang puas la kalau nak cakap pasal makan..Hampir semua rumah menu yang dihidangkan sangat menyelerakan.Sampai tengok makanan pun nak muntah dah..Masa baraan ni la aku dan sahabat-sahabat lain boleh berkumpul.Ada yang kerja kat luar sampai tak ingat nak balik kampung sebab mungkin lupa jalan balik kampung atau hilang ingatan masa tu.Alhamdulilah masa hari raya dan baraan ni la aku dapat jumpa.Kanak-kanak yang masa bersekolah memang seronok lah..Masa ini la nak kumpul duit raya..Kalau 100 buah rumah yang dikunjungi dah dapat rm100..

13770071965511377007104356

 Apa pun hari raya adalah hari yang paling enjoy.Harapan aku agar generasi-generasi muda kampung Sungai Nipah seterusnya ke generasi anak-anak aku akan terus mengekalkan tradisi baraan ini.Sebab ada setengah tempat yang dah lama terkubur tradisi baraan ini..Ok lah sekian nukilan aku tuk hari ini..

Leave a comment