Archive for the ‘Silaturrahim’ Category

Salam Ramadhan sahabat -sahabat sekalian.Sedar tak sedar kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.Alhamdullilah pada 24 Julai 2013 masjlis Iftar CDM 2013 bersama anak-anak yatim dari rumah anak yatim Tengku Ampuan Rahimah Subang USJ telah berjalan dengan jayanya.

Image

Seramai hampir 200 orang usahawan CDM yang hadir.Ada yang dari Johor, Melaka, Kedah, Perak, Sabah, Sarawak serta setiap pelusuk negeri.Seawal jam 5.00 petang, meja pendaftaran telah pun dibuka.Memang dah jadi kebiasaan aku setiap tahun, akan tiba lewat dari yang lain.Maklumlah datang nak makan je kan.

Pasti ramai yang belum mengetahui apa itu “CDM” atau nama panjangnya Crownd Diamond Manager kan?Sebenarnya kami adalah usahawan-usahawan dalam industri jualan langsung atau lebih popular sebagai Multilevel Marketing.Yang mana kami ini bernaung di bawah syarikat yang tersenarai didalam papan utama Bursa Saham Malaysia sejak 2007 lagi iaitu Hai-O Marketing SDN BHD.CDM ini pula adalah pangkat atau level tertinggi yang telah di beri pengiktirafan oleh pihak syarikat kepada usahawan yang telah mencapai sasaran jualan secara berkumpulan.

1374703927752

Ramai orang beranggapan Industri Multilevel Marketing ini satu industri yang tak ada standart.Betul ke? Apa pun alhamdulliah dan rasa bersyukur sangat yang mana saya telah pun 5 tahun dalam industri ini dan berniaga secara sepenuh masa sejak melepaskan jawatan sebagai Juruteknik Komputer di LZS sejak 2009 lagi.Rata-rata dari CDM ini adalah dari golongan yang bijak pandai seperti Doktor, Pensyarah, Jurutera, Guru dan ada di antara mereka masih bekerja juga telah sepenuh masa dalam peniagaan ini.

1374703078746

Antara menu yang di sediakan oleh pihak Hotel seperti Nasi Beriyani, Satay Ayam dan Daging, Nasi Campur, Kuih Muih dan pelbagai jenis air minuman.

Selepas solat magrib berjamaah kami berpeluang mendengar tazkirah dari Ustaz Halim bin Din dengan tajuk “Perniagaan Dalam Islam”.Banyak tip-tip perniagaan serta pesanan serta larangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang peniaga ber agama islam. Setelah hampir 30 minit tazkirah, kami di sajikan pula dengan persembahan dari anak-anak yatim.Sangat terhibur dengan persembahan anak-anak ini.Selesai persembahan, pihak Syarikat menyerahkan replika cek kepada wakil rumah anak-anak yatim ini sebagai sumbangan Ramadhan dan Aidil Fitri dan majlis pun bersurai.