Kuih Kuaci Labu

Posted: September 5, 2013 in Lain - Lain

Hari ni aku nak cerita tentang 1 kuih tradisional kegemaran aku, ” Kuih Kuaci Labu “..Mungkin ada yang biasa makan dan mungkin ada yg tak tahu langsungkan..Kebetulan aku ada di majlis walimatulurus sepupu aku di kampung Sg Kelambu Banting Selangor

Jom kita tengok macam mana proses membuat kuih kuaci labu ni..

IMG_20130831_092609IMG_20130831_094827

1- Proses yang di buat setelah buah labu yang telah di rebus sehingga lembut tadi di angkat dari tempat rebusan..Dan kemudian di campurkan dengan tepung pulut ( kalau tak silap aku la )..Yang bulat-bulat tu intinya..Dibuat dari kelapa parut dan gula merah ( aku agak-agak je )..

IMG_20130831_092913

2- Tepung yang di campuran dengan labu tadi digaul sampai sebati..Jangan lupa campur air dan sedikit garam untuk rasanya lebih enak..

IMG_20130831_094730IMG_20130831_094815

3- Langkah seterusnya, tepung yang telah sebati tadi akan dibulat-bulatkan dan di letakan inti kelapa tadi didalamnya..Besar tu agak-agaklah..Dan seterusnya dimasukan kedalam daun pisang, dan dibentukkan segitiga seperti Piramid lebih kurang..Bila sudah selesai proses membungkus ini, proses seterusnya adalah mengukus..

IMG_20130831_132103IMG_20130831_132204

4- Proses mengukus ini adalah antara proses yang paling lama..Kira-kira 4 ke 5 jam untuk pastikan dia betul-betul masak..Ni gambar setelah selesai dikukus dan Kuih Kuaci Labu yang telah masak..Dah sejuk boleh lah makan..

Bolehlah kepada sesiapa yang nak mencuba buat di rumah..Tapi kalau tak jadi jangan salahkan aku ye..

Selamat Mencuba..

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s