Archive for the ‘Lain – Lain’ Category

Umrah Yang Di Rindui 02

Posted: August 11, 2017 in Lain - Lain

Jom sambung kisah aku mengerjakan Umrah lagi

Aku tersedar bila lebih kurang setengah jam lagi untuk memasuki tanah haram Madinah..Itu pun ustaz yang mengiringi kami tadi yang bagi tahu..Mula la seribu satu rasa bermain di fikiran aku dan jantung aku berdegup makin kencang..Rasa takut dan insaf dengan kesalah dan dosa-dosa yang aku dah buat..Alhamdulilah rasa lapang dan tenang sangat bila bas kami memasuki tanah suci Madinah..Memang rasa sangat-sangat lain di jiwa aku ni berbanding di tanah halal..

 Aku dan rombongan di tempatkan di Hotel Dar Al Iman InterContinental..Memang 5 bintang la hotel ni..Yang aku rasa teruja sangat, bilik penginapan aku betul-betul berhadapan pintu utama Masjid Nabawi..Selak langsir je dah nampak keindahan Masjid Nabawi..Bilik hotel sangat luas, dan aku di letakan bersama 4 orang rakan..Hj Nizam Ishak, Bro Rusdi, Azmil dan aku la..

Image

Rakan sebilik di Madinah dan Makkah..Dari kiri, Bro Rusdi, Azmil, Aku ( Madon ) dan Hj Nizam Ishak

 

Advertisements

Kuih Kuaci Labu

Posted: September 5, 2013 in Lain - Lain

Hari ni aku nak cerita tentang 1 kuih tradisional kegemaran aku, ” Kuih Kuaci Labu “..Mungkin ada yang biasa makan dan mungkin ada yg tak tahu langsungkan..Kebetulan aku ada di majlis walimatulurus sepupu aku di kampung Sg Kelambu Banting Selangor

Jom kita tengok macam mana proses membuat kuih kuaci labu ni..

IMG_20130831_092609IMG_20130831_094827

1- Proses yang di buat setelah buah labu yang telah di rebus sehingga lembut tadi di angkat dari tempat rebusan..Dan kemudian di campurkan dengan tepung pulut ( kalau tak silap aku la )..Yang bulat-bulat tu intinya..Dibuat dari kelapa parut dan gula merah ( aku agak-agak je )..

IMG_20130831_092913

2- Tepung yang di campuran dengan labu tadi digaul sampai sebati..Jangan lupa campur air dan sedikit garam untuk rasanya lebih enak..

IMG_20130831_094730IMG_20130831_094815

3- Langkah seterusnya, tepung yang telah sebati tadi akan dibulat-bulatkan dan di letakan inti kelapa tadi didalamnya..Besar tu agak-agaklah..Dan seterusnya dimasukan kedalam daun pisang, dan dibentukkan segitiga seperti Piramid lebih kurang..Bila sudah selesai proses membungkus ini, proses seterusnya adalah mengukus..

IMG_20130831_132103IMG_20130831_132204

4- Proses mengukus ini adalah antara proses yang paling lama..Kira-kira 4 ke 5 jam untuk pastikan dia betul-betul masak..Ni gambar setelah selesai dikukus dan Kuih Kuaci Labu yang telah masak..Dah sejuk boleh lah makan..

Bolehlah kepada sesiapa yang nak mencuba buat di rumah..Tapi kalau tak jadi jangan salahkan aku ye..

Selamat Mencuba..

 

Hari Raya Hari Yang Mulia

Posted: August 20, 2013 in Lain - Lain

Image

Hari raya , seperti semua maklum Malaysia adalah negara yang berbilang bangsa dan agama.Setiap agama di Malaysia ada perayaan masing-masing.Hari ini aku nak cerita tentang perayaan yang rasanya belum habis lagi kemeriahannya iaitu Hari Raya Aidilfitri.Majoriti yang menyambutnya adalah semua yang beragama Islam.

Aku nak kongsikan tentang kemeriahan berhari raya di kampung kelahiran aku iaitu kampung Sungai Nipah, Sungai Besar Selangor.Yang mana memang telah menjadi rutin setiap tahun apabila tiba Hari Raya Aidilfitri kampung aku akan adakan BARAAN.Boleh dikatakan setiap kampung yang majoritinya berbangsa jawa wajib ada Baraan ni..

IMG-20130810-WA0062

Seperti kebiasaan pada malam hari raya pertama akan diadakan mesyuarat untuk melantik ketua, timbalan ketua dan ajk-ajk baraan.Macam kampung aku lebih 100 buah rumah yang wajib kami kunjung..Jadi perancangan perjalan baraan dan apa-apa cadangan penambahbaikan akan dia bincang dalam mesyuarat malam itu.Baraan biasanya bermula pada hari raya pertama dan kedua untuk lelaki dan hari raya ketiga dan keempat bagi wanita.Tujuan baraan ini dibuat dan dikekalkan tradisi ini sehingga ke hari ini adalah untuk kami ahli kariah kampung dapat berkunjung dan bermaafan sesama ahli kariah dengan lebih kemesraan.

13770070305651377007152304

Memang puas la kalau nak cakap pasal makan..Hampir semua rumah menu yang dihidangkan sangat menyelerakan.Sampai tengok makanan pun nak muntah dah..Masa baraan ni la aku dan sahabat-sahabat lain boleh berkumpul.Ada yang kerja kat luar sampai tak ingat nak balik kampung sebab mungkin lupa jalan balik kampung atau hilang ingatan masa tu.Alhamdulilah masa hari raya dan baraan ni la aku dapat jumpa.Kanak-kanak yang masa bersekolah memang seronok lah..Masa ini la nak kumpul duit raya..Kalau 100 buah rumah yang dikunjungi dah dapat rm100..

13770071965511377007104356

 Apa pun hari raya adalah hari yang paling enjoy.Harapan aku agar generasi-generasi muda kampung Sungai Nipah seterusnya ke generasi anak-anak aku akan terus mengekalkan tradisi baraan ini.Sebab ada setengah tempat yang dah lama terkubur tradisi baraan ini..Ok lah sekian nukilan aku tuk hari ini..

Mohamad Zaki @ Madon

Posted: July 29, 2013 in Lain - Lain

Mesti ramai yang tanya kenapa nama aku Mohamad Zaki b Kadiron orang panggil ” Madon ” kan? Kalau di amati dari nama dalam surat beranak dan kad pengenalan aku ni memang tak ada pun terselit perkataan ” Madon “..

Image

Pintu Utama SMKA Simpang 5

Bermula sejarah nama Madon ini pada tahun 1997.Ketika itu aku berada di tingkatan 1 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang 5.Sekolah ini juga sangat popular denggan panggilan sekolah belakang oleh penduduk tempatan.Ini kerana kedudukan sekolah ini berada di bahagian belakang kampung Simpang 5. ( cerita sejarah sekolah sikit )

Sekolah aku ini adalah sekolah yang berstatus sekolah berasrama penuh walaupun tak berapa nak penuh.Sebab apa aku cakap macam tu, adalah kerana pada awal pendaftaran di sekolah ini, aku tak dapat tempat di asrama atas alasan tiada kekosongan.Terpaksalah aku berulang alik setiap hari dari rumah ke sekolah yang mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan. ( kesian bapa aku setiap hari hantar ).

Apa pun aku sangat bersyukur dapat belajar di sekolah yang sangat hebat ini.Bukan senang nak sekolah di sini kalau keputusan UPSR tak capai 4A ( keputusan terbaik UPSR zaman aku dulu ).Dah dapat 4A pun kene tapi lagi dari segi rekod disiplin dan kokurikulum sekolah rendah dulu ( ye tak ye je kan ).Sebab itu pelajar sekolah ni sangat di kagumi oleh pelajar-pelajar sekolah lain.

Image

Pemandangan Asrama Dari Bangunan Sekolah

Hampir 1 bulan aku berulang ke sekolah, akhirnya aku dapat tawaran tempat di asrama.Di asrama pula aku di tempatkan sebilik bersama abang-abang senior tingkatan 5 ( serius mengeletar lutut beb tengok abang-abang ni ).Seingat aku masa aku masuk ke asrama ni aku di hantar oleh abang Ezwan dan masa aku sampai di Dorm DL 2 memang tak ada sapa-sapa.Sebab masa tu abang-abang ni belum tamat waktu belajar lagi.

Masa aku keluar dari dorm untuk ke dewan makan, tiba-tiba aku dengar orang memanggil ” Madon, Madon ” aku pun buat tak tahu la sebab aku tak rasa orang tu panggil aku.Kan nama aku Zaki.Tiba-tiba ada seseorang menepuk bahu aku dari belakang dan dengan penuh keyakinan cakap ” sombonglah kau ni Madon “

Ni bukan Madon la Ayep, sapa abang Ezwan kepada orang yang menepuk bahu aku tadi.Ini budak junior duduk dorm kita..Lepas balik dari dewan makan tu abang Ayep panggil aku dan bercerita pada aku tentang sejarah Madon yang sebenar.Dan bermulalah dari hari itu 1 sekolah memangil aku dengan nama ” Madon “.Memang lumrah mana-mana orang duduk asrama mesti ada nama glamour.

Rakan-Rakan Seperjuangan Aku

Rakan-Rakan Seperjuangan

 Teringat aku masa Mak aku datang melawat aku di asrama.Mak aku minta tolong pada seorang rakan ni untuk panggilkan aku.Memang mak aku tak tahu la nama aku ni orang panggil Madon.Jadi dengan rasa penuh keyakinan rakan tadi pun panggillah orang yang bernama Zaki.Memang Mak aku tak mengaku anak la sebab yang turun tu bukan aku tapi abang senior tingkatan 3 yang namanya pun Zaki.Sampailah Mak aku terserempak dengan sepupu aku, baru la dapat Mak aku jumpa aku petang tu.

Aku ingat nama Madon ni akan berakhir di sekolah sahaja, rupanya tidak.Rakan-rakan kampung dan orang-orang tua kat kampung aku pun panggil aku ” Madon “.Aku rasa sampai tua memang melekat la nama Madon ni kan.Hahaha.Jadi lepas ini jangan korang tanya lagi sejarah nama ” Madon ” ni ye..

Apa pun aku nak ucapkan berbanyak terima kasih yang tak terhingga pada semua abang-abang Dorm DL 2 tahun 1997 yang sangat-sangat baik dengan aku dan semua junior-junior di bawahnya.Aku rindu sangat nak lepak dan belanja korang semua..Ini la antara penghuni-penghuni Dorm DL 2 1997 yang aku masih ingat..

Abang-abang yang aku rindu

Abang-abang yang aku rindu

1 – Aizee Johari @ Sentot

2 – Sariffuddin @ Ayep

3 – Ezwan Yaacob

4 – Mohsen

5 – Kamil

6 – Azwi Sahril

7 – Omar Zahran @ Wak

8 – Haizam Irwan

9 – Siswanto @ Wanto

10 – Syed Mohd Halim @ Kulim

11 – Rosdan @ Komeng

12 – Reza

13 – Aku sendiri Madon JR

ALL THE BEST YOUR ALL BROTHER..

Member Aku Rot

Posted: July 23, 2013 in Lain - Lain

Adui ni la first time aku nak menjinakan diri dalam menulis blog..Ni semua sebab MEMBER KU ROT..Mukadimah aku ni aku nak cite la kat korang tentang rakan yang aku dah anggap macam sahabat..Aku kenal dia dari aku tingkatan 1 lagi..Masa sekolah dulu aku tak la berapa rapat sangat dengan Rot ni, tpi tetap baik sebab aku dan Rot adalah player bolasepak sek bawah 15 tahun masa tu..Tapi aku berkawan ngan Rot ni sampai aku tingkatan 3 je tahun 1999 sebab lepas tu aku pindah sekolah dan Rot tetap di sekolah tu..Habis zaman persekolah adalah aku jumpa Rot ngan kawan-kawan yang lain bila kami buat program ziarah aidilfitri..Nak jadi cita macam mana yang aku boleh hargai sangat Rot ni kalau tak silap tahun 2008..Aku ke bank rakyat nak buat pinjaman dan tekejut aku tetiba orang yang uruskan loan aku tu Rot..Macam tak caya gak masa tu..Dan bermula dari saat itu aku kerap jumpa dengan Rot sampai la sekarang..1 sebabnya adalah bidang tugas aku yang memang perlukan Rot sampai bila-bila insyaalah..Apa pun Rot aku sangat berbanyak terima kasih kat ko sebab ko banyak tolong aku tentang semua urusan terutama bisnes aku..Aku akan ingat sampai bila-bila..Aku pun tak tau apa istimewanya Rot ni sampaikan aku nak beli kereta pun aku tanya dia..Mulanya aku saje sembang ngan Rot aku nak ambik kereta sport Nissan Skyline R34, Rot menyokong 100%..Tapi sebab masa tu kalau tak silap umur aku 23 tahun dan kereta tu pulak harga atas 200k lebih la dan bank berani bagi aku loan cuma 180k..Jadi aku batalkan niat sebab nak bayar downpayment tu yang tak larat..Dah macam tu aku sembang la ngan Rot aku nak ambik BMW la pulak, dengan tenang dan rasa tak bersalah Rot sound aku,apa barang Don kereta orang tua la..Aku pun ikut je cakap mamat ni..Rot pulak bagi cadangan suruh aku ambik Mitsubishi Evo..Aku pun boleh ok je, padahal duit aku yang nak keluar ni..Jadi set 1 hari aku ngan Rot pergi showroom kat Damansara untuk tengok kereta yang Rot cadangkan tu la..Alhamdulilah kereta yang Rot cadangkan tu ada..Tak cakap banyak aku terus je apply loan dan selepas 1 minggu loan aku lulus dan kereta pun boleh keluar..Nak ceritaImage istimewanya sahabat aku Rot ni, masa aku nak ambik kereta Rot ikut dan mamat ni yang aku bagi rasmikan kereta baru aku tu..Dah tu balun bagai tak ingat..aku kat sebelah yang mengigil..Itu la serba sedikit cerita aku pasal sahabat aku Rot..Ok jumpa lain kali..enjoy..