Mohamad Zaki @ Madon

Posted: July 29, 2013 in Lain - Lain

Mesti ramai yang tanya kenapa nama aku Mohamad Zaki b Kadiron orang panggil ” Madon ” kan? Kalau di amati dari nama dalam surat beranak dan kad pengenalan aku ni memang tak ada pun terselit perkataan ” Madon “..

Image

Pintu Utama SMKA Simpang 5

Bermula sejarah nama Madon ini pada tahun 1997.Ketika itu aku berada di tingkatan 1 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang 5.Sekolah ini juga sangat popular denggan panggilan sekolah belakang oleh penduduk tempatan.Ini kerana kedudukan sekolah ini berada di bahagian belakang kampung Simpang 5. ( cerita sejarah sekolah sikit )

Sekolah aku ini adalah sekolah yang berstatus sekolah berasrama penuh walaupun tak berapa nak penuh.Sebab apa aku cakap macam tu, adalah kerana pada awal pendaftaran di sekolah ini, aku tak dapat tempat di asrama atas alasan tiada kekosongan.Terpaksalah aku berulang alik setiap hari dari rumah ke sekolah yang mengambil masa lebih kurang 30 minit perjalanan. ( kesian bapa aku setiap hari hantar ).

Apa pun aku sangat bersyukur dapat belajar di sekolah yang sangat hebat ini.Bukan senang nak sekolah di sini kalau keputusan UPSR tak capai 4A ( keputusan terbaik UPSR zaman aku dulu ).Dah dapat 4A pun kene tapi lagi dari segi rekod disiplin dan kokurikulum sekolah rendah dulu ( ye tak ye je kan ).Sebab itu pelajar sekolah ni sangat di kagumi oleh pelajar-pelajar sekolah lain.

Image

Pemandangan Asrama Dari Bangunan Sekolah

Hampir 1 bulan aku berulang ke sekolah, akhirnya aku dapat tawaran tempat di asrama.Di asrama pula aku di tempatkan sebilik bersama abang-abang senior tingkatan 5 ( serius mengeletar lutut beb tengok abang-abang ni ).Seingat aku masa aku masuk ke asrama ni aku di hantar oleh abang Ezwan dan masa aku sampai di Dorm DL 2 memang tak ada sapa-sapa.Sebab masa tu abang-abang ni belum tamat waktu belajar lagi.

Masa aku keluar dari dorm untuk ke dewan makan, tiba-tiba aku dengar orang memanggil ” Madon, Madon ” aku pun buat tak tahu la sebab aku tak rasa orang tu panggil aku.Kan nama aku Zaki.Tiba-tiba ada seseorang menepuk bahu aku dari belakang dan dengan penuh keyakinan cakap ” sombonglah kau ni Madon “

Ni bukan Madon la Ayep, sapa abang Ezwan kepada orang yang menepuk bahu aku tadi.Ini budak junior duduk dorm kita..Lepas balik dari dewan makan tu abang Ayep panggil aku dan bercerita pada aku tentang sejarah Madon yang sebenar.Dan bermulalah dari hari itu 1 sekolah memangil aku dengan nama ” Madon “.Memang lumrah mana-mana orang duduk asrama mesti ada nama glamour.

Rakan-Rakan Seperjuangan Aku

Rakan-Rakan Seperjuangan

 Teringat aku masa Mak aku datang melawat aku di asrama.Mak aku minta tolong pada seorang rakan ni untuk panggilkan aku.Memang mak aku tak tahu la nama aku ni orang panggil Madon.Jadi dengan rasa penuh keyakinan rakan tadi pun panggillah orang yang bernama Zaki.Memang Mak aku tak mengaku anak la sebab yang turun tu bukan aku tapi abang senior tingkatan 3 yang namanya pun Zaki.Sampailah Mak aku terserempak dengan sepupu aku, baru la dapat Mak aku jumpa aku petang tu.

Aku ingat nama Madon ni akan berakhir di sekolah sahaja, rupanya tidak.Rakan-rakan kampung dan orang-orang tua kat kampung aku pun panggil aku ” Madon “.Aku rasa sampai tua memang melekat la nama Madon ni kan.Hahaha.Jadi lepas ini jangan korang tanya lagi sejarah nama ” Madon ” ni ye..

Apa pun aku nak ucapkan berbanyak terima kasih yang tak terhingga pada semua abang-abang Dorm DL 2 tahun 1997 yang sangat-sangat baik dengan aku dan semua junior-junior di bawahnya.Aku rindu sangat nak lepak dan belanja korang semua..Ini la antara penghuni-penghuni Dorm DL 2 1997 yang aku masih ingat..

Abang-abang yang aku rindu

Abang-abang yang aku rindu

1 – Aizee Johari @ Sentot

2 – Sariffuddin @ Ayep

3 – Ezwan Yaacob

4 – Mohsen

5 – Kamil

6 – Azwi Sahril

7 – Omar Zahran @ Wak

8 – Haizam Irwan

9 – Siswanto @ Wanto

10 – Syed Mohd Halim @ Kulim

11 – Rosdan @ Komeng

12 – Reza

13 – Aku sendiri Madon JR

ALL THE BEST YOUR ALL BROTHER..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s