Umrah Yang Di Rindui

Posted: September 5, 2013 in Round The World

Alhamdulilah bersyukur kehadrat Ilahi pada tahun 2009 aku dan rombongan aku yang hampir 1000 orang di jemput oleh Allah untuk mengerjakan Umrah ke tanah suci Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawarrah..Semua bermula apabila syarikat aku Hai-O Marketing menawarkan tiket percuma mengerjakan Umrah..Apa pun terima kasih yang tak terhingga pada syarikat Hai-O Marketing yang sangat mementingkan kebajikan Usahawan-Usahawan beragama Islam yang bernaung di bawahnya..

Image

Berlatar belakangkan Kaabah

Memang teruja dan gembira apabila menerima surat tawaran dari syarikat untuk mengerjakan Umrah..Siapa pun yang beragama Islam pasti teringgin sangat nak sampai ke tanah suci ini..Lagi-lagi aku dapat percuma memang aku tak tolak la..Aku lupa tarikh aku pergi sebab dah lama sangat kan..Cuma yang aku ingat masa aku dan rombongan pergi ni dah hampir dua minggu nak bulan Ramadhan..

Kami berkumpul di KLIA jam 12 tengah hari..Dan dijangka penerbangan jam 3 petang..Biasalah kumpul awal untuk memudahkan perjalanan nanti..Suasana di KLIA masa tu aku rasa macam nak mengerjakan fardu Haji..Punya ramai la ahli keluarga yang menghantar..Macam biasalah, bila nak ke tanah Suci ni adik beradik, sanak saudara dan rakan-rakan semua nak kirim macam-macam..Memang tak terkirim la kalau semua nak dibelikan..Apa pun yang pasti Kiriman Doa untuk semua adik-beradik dan sahabat dah pun aku tunaikan..

Image

Dari Bilik Hotel Di Madinah Ke Masjid Nabawi

Perjalan dari KLIA ke Jeddah lebih 5 jam ( kalau tak silap aku )..Alhamdulilah penerbangan dengan Malaysia Airline ( MAS ) sangat seronok dan cuaca sepanjang penerbangan sangat-sangat baik..Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah kira-kira jam 8 malam waktu Arab Saudi..

Selepas pemeriksaan pasport, kami pun mengambil beg-beg dan menuju ke kawasan bas yang telah disediakan..Kami dah diberikan kumpulan sewaktu di KLIA lagi..Jadi mudahlah kami mencari bas sebab di Taq nama dah ada nombor bas dan nama-nama hotel penginapan..Rombongan aku terus di bawa ke Madinah Al Munawarah dahulu sebelum ke Makkah Al Mukarromah..

Perjalan ke Madinah dari Lapangan Terbang Jeddah mengambil masa 8 jam..Masa yang sangat-sangat panjang bagi aku..Dalam setiap kumpulan bas dah disediakan seorang ustaz untuk memimpin sepanjang kami di tanah suci ini..Sepanjang perjalanan ini aku memang tidur je..Nak tengok luar pun memang tak nampak apa masa di lebuhraya..Maklumlah malam di padang pasir gelap..

Bersambung episod seterunya……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s