Posts Tagged ‘Pramugari Fly Emirates’

Paris !!! Semua orang teringin nak ke kota fesyen ni kan..Alhamdulilah tahun 2009 segalanya bermula..Pertama kali aku di tawarkan oleh syarikat untuk berjalan-jalan ke kota fesyen ini bersama lebih 100 orang rakan-rakan aku..Hahaha, seronok bagai nak gila aku rasa..Mana

tak nya ni la pertama kali aku nak naik kapal terbang dan

Dalam Flight

Dalam Flight Fly Emerites

pertama kali aku buat pasport antarabangsa..

Bersyukur sangat sebab pergi percuma dan segala makan minum syarikat yang tanggung..Perjalanan dalam flight je seingat aku lebih kurang dalam 12 jam..Kapal terbang yang aku naik ni dari syarikat ternama Dubai FLY EMERITES..Memang first clast la aku rasa perjalanan aku ni..Dari KLIA rombongan aku transit kat Dubai..Rehat la dalam 5 jam kat Airport Dubai..Kat Airport Dubai ni memang tak best sebab nak hisap rokok susah..Nak cari Smoking Room je kene jalan hampir 30 minit..Nak tak nak berjalan la gak cari smoking room..Serabut kepala aku tak berasap sepanjang dalam flight..

Seingat aku la, aku kat Paris dengan kawan-kawan aku lebih kurang seminggu campur dengan perjalanan sekali la..Pertama kali naik flight macam-macam rasa ada..Dari mula dia nak terbang sampailah nak mendarat hati aku punya risau hanya Allah SWT je yang tahu..Ada sekali tu memang aku

Transit Air Port Dubai

Transit Air Port Dubai

mengucap panjang la sebab kapal terbang melanggar awan dan cuaca masa tu nak hujan..Masa tu la aku ingat Mak aku, Isteri aku yang tengah mengandung anak pertama aku dan semua keluarga aku..Ya Allah sempat ke aku nak tengok zuriat pertama aku ni..Itu je la yang ada dalam otak aku ni..hahaha..

Setelah bermacam rasa yang aku rasa dalam flight tu akhirnya mendarat dengan selamat aku di kota Paris..Teruja tak ingat la..Memang aku rasa macam semua yang aku nampak aku nak ambik gambar..Biasa la budak kampung dapat ke negara orang memang batak la..Masa tu kat kota Paris cuaca memang sejuk dan seingat aku paris baru lepas musim salji..Dah tinggal saki baki je salji yang ada..Tak merasa nak main salji..Huhuhu..Mula nak keluar Air Port Paris tu je aku tengok semua kawan-kawan aku dah sebuk pakai sweater, tapi aku dengan gagah la konon tak pakai sweater..Tahan la dalam 5 minit kat luar Air Port tu, terus mengelabah cari sweater..Sejuk sampai ke tulang aku rasa..

Tempat pertama yang kami tuju adalah restoran masakan melayu di kota Paris ni..Masa masuk restoran ni aku pun confius sebab ada jual arak tapi tulis halal..Menu yang di hidangkan nasi putih, ikan kembong goreng, sambal belacan dan sayur masak bening (bahasa jawa)..Tauke restoran ni orang indonesia yang dah menetap di Paris hampir 30

Antara Tempat Yang Aku Melawat

Antara Tempat Yang Aku Melawat

tahun..Memang kaya la tauke ni, mana tak nya, 1 kepala dia caj rm50 untuk hidangan tadi tu..Nasib baik la compeny yang sponser..Perut dah kenyang mula la masa untuk berjalan-jalan di kota Paris..

Apa pun aku dan rombongan aku memang sangat-sangat happy dan enjoy..Hampir semua tempah di Paris aku jelajah..Butik-butik ternama yang memang kat negara kita ni tak ada aku masuk..Dan Shoping Mall terhebat di Paris ” Lafayette ” aku puas mencuci mata..Gila korang nak beli barang dalam Lafayette ni, standart aku memang tak la..Dari butik barangan wanita seperti beg tanggan Louis Vuitton, Gucci, dan lain lain yang semua wanita suka tu ada dalam Shoping Mall ni..Kalau pakaian dan perfume entah apa jenama semua ada..Memang hebat la kota Paris ni..Patut la semua Wanita terutamanya teringgin sangat nak ke kota fesyen ni..

Dah penat berjalan baru la ke hotel penginapan..Perhhh hotel 5 star compeny bagi..Memang terbaik la compeny aku ni..hahaha..Hotel penginapan aku ni memang dekat sangat dengan stadium bola sepak yang ternama di Paris ” Paris Saint Germain “..Dari bilik aku pun boleh nampak stadium..Cuma masa aku kat Paris tak ada game bola kat stadium

Ada Gaya Seorang Yang Poyo Tak??

Ada Gaya Seorang Yang Poyo Tak??

ni..Kalau ada game memang aku pegi dah walaupun team tu aku tak minat..Bola sepak dan lelaki macam isi dengan kulit (betul ke) hahaha..Tapi memang tak ada rezeki aku la nak merasa pengalaman melihat perlawanan life bola sepak di negara eropah ni..

Cerita kat dalam bilik hotel pulak ni..Bilik memang terbaik la..1 bilik 2 orang je..Katil pulak Queen Saiz sorang..Masa ni aku dengan member sebilik aku mula la teringat wife masing-

masing..Maklumlah sejuk beb..Tapi alhamdulilah dalam bilik tu tak ada perbuatan atau aksi Gay berlaku ye..Aku kan pelajar sekolah agama jadi iman terkawal walaupun member sebilik

aku tu jambu je aku tengok..hahaha..

Lagi pengalaman yang memang aku tak lupa, dalam bilik paip air tuk basuh berak tak ada..Macam-macam cara dan gaya untuk aku membasuh..Akhirnya basuh dalam tap mandi..Terbaik tak??Situ mandi situ gak la basuh berak..Aku rasa orang-orang Paris ni memang lap je la semua..Mandi pun seminggu sekali..Kalau kat negara kita memang kambing la jadinya..Tapi dia orang mandi minyak wangi hari-hari..Hotel 5 star kan Tv semua

Jejaka Idaman Malaya

Jejaka Idaman Malaya

ada la..Mula la buka tv nak tengok apa menarik siaran negara orang ni..On je tv memang terbaik la rancangan dia orang ni..Semua rancangan 18 xxx, nak tak nak kene la tengok..Walaupun hakikatnya aku tak sangup nak tengok..Aku kan sekolah agama..hahaha

Makanan halal kat sini memang agak susah nak cari..Macam kat hotel pun ada bahagian makanan halal dan tak halal..Aku hampir-hampir nak termakan daging khinzir sebab tak paham apa yang di tulis..Nasib baik la member aku sorang ni paham dengan apa yang di

tulis, terus potong rasa nak breakfirst..Lepas tu asal nak makan je mula la ajak

member..Bahaya wei menyesal seumur hidup aku rasa kalau termakan daging khinzir..

Gadis-gadis Paris ni memang first class beb..Kalau aku bagi markah A la untuk kecantikan dan keayuan dia orang ni..Seksi tak berapa la sebab mungkin dia orang tau budak sekolah agama ni ada kat Paris..So aurat dia orang kurang dedah la..huahuahua..Paris pukul 9 malam memang dah sunyi..Tapi pukul 6 pagi dah ramai yang pergi keje..Kenderaan utama yang banyak aku nampak motosikal..Tapi berkuasa besar la..Yang aku tabik spring kat penduduk Paris ni tentang parking kereta, dia orang parking kereta bumper bertemu bumper..Handbreak memang free..Bila nak keluar parking dia orang sondol je kereta yang ada kat depan dan belakang..Bumper kereta memang rabak la..Tapi dia orang tak gaduh pun..Kalau kat negara kita ni mahu ada yang kene parang..hahaha..Ok la semua panjang sangat dah ni aku cerita pengalaman aku..Ni baru 1 destinasi yang compeny aku hantar..Banyak lagi destinasi yang aku nak kongsi kat korang..Apa pun terima kasih sudi membaca dan tunggu destinasi seterusnya..Bye

Advertisements